Program Maxis EKelas Tingkatan 5

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2020 telah bermula Program eKelas Maxis Tingkatan 5 untuk subjek sains dan matematik. Program eKelas Maxis merupakan program kelas tambahan secara percuma kepada komuniti Pusat Internet bagi 3 subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Guru-guru mengajar secara langsung dari video dan berinteraksi bersama pelajar dan belajar secara digital.

Portal Maxis eKelas juga digunakan sebagai bahan tambahan pembelajaran kepada pelajar. Guru-guru memuatnaik pelbagai nota-nota padat kepada pelajar. Disamping itu, pelbagai kuiz mengikut silibus boleh didapati di dalam portal untuk menambahkan input kepada pelajar. Maxis eKelas sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar terutama di kawasan pendalaman dan miskin bandar (Urban Poor) yang kurang berkemampuan untuk membayar kelas tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali